PASIR PANJANG –
Gara-gara penyebaran gambar di dalam laman Facebook, sebuah tokong di
pekan Pasir Panjang, dekat sini dikerumuni lebih 200 penduduk sekitar,
malam kelmarin.
Semuanya kerana
sebuah laman Facebook memaparkan gambar bumbung tokong berkenaan yang
dikatakan terbentuk kalimah ALLAH, menyebabkan penduduk datang ke luar
kawasan tokong berkenaan bagi menyaksikan sendiri dakwaan tersebut.
Seawal jam 8
malam lagi, mereka berpusu-pusu datang ke tokong berkenaan untuk
melihat, sekali gus merakamkan gambar bumbung tersebut.
kalimah Allah Subhanallah! Kalimah Allah Terbentuk Di Bumbung Tokong
Tidak kurang
juga, ada individu yang melalui jalan Pasir Panjang-Port Dickson ini
turut memberhentikan kenderaan mereka untuk mengetahui cerita sebenar.
Berikutan itu
juga, sepasukan polis terpaksa ditugaskan mengawal keadaan berikutan
jumlah orang ramai bersilih ganti serta berkumpul di kawasan berkenaan.
Menurut Sin San
Huo, 63, yang menjalankan perniagaan kedai runcit bersebelahan rumah
ibadah itu berkata, dia hairan melihat orang ramai datang dan berkumpul
di depan bangunan itu.
“Saya telah
lama menetap dan berniaga di sini, namun tidak pernah perasan tentang
perkara itu. Malah, sebelum ini tiada siapa yang bercerita tentangnya.
Entah bagaimana hari ini (kelmarin) tiba-tiba boleh wujud cerita semacam
itu.
“Tokong ini
berusia lebih 100 tahun dan jika tidak silap, bumbung didakwa membentuk
tulisan jawi itu baru sahaja diubah suai kurang 10 tahun lalu,” katanya.
Dalam pada itu,
penduduk, Mohd Khairul Ali, 36, berkata, orang ramai datang untuk
melihat sendiri selepas perkara itu tersebar di laman sosial.
“Pada pandangan
saya, perkara ini berlaku bukan disengajakan mana-mana pihak dengan
niat tertentu tetapi ia adalah satu kebetulan dan pastinya berlaku
dengan izin ALLAH SWT.
“Namun adalah
wajar sekiranya pihak berkuasa terutamanya jabatan agama segera membuat
penjelasan mengenai dakwaan ini bagi mengelak sebarang kejadian tidak
diingini berlaku kerana ia melibatkan sensitiviti agama.
“Apabila terlalu ramai orang berkumpul dan tiada pihak memantau, kita khuatir akan berlaku pergaduhan dan sebagainya,” katanya.
Sementara itu,
tinjauan Sinar Harian mendapati, orang ramai hanya dapat melihat bentuk
kalimah ALLAH itu pada waktu malam apabila mereka berada di kedudukan
sekurang-kurangnya 15 hingga 20 meter daripada rumah ibadah tersebut.
Pada waktu
siang, apa yang kelihatan pada bumbung itu hanyalah lekuk-lekuk seni
bina bumbung rumah ibadah itu tanpa lakaran kalimah ALLAH. Malah, jika
lampu jalan berhampiran tokong itu dipadamkan, lakaran kalimah itu juga
tidak kelihatan.
ALHAMDULILLAH. Menang kes di mahkahmah rayuan tentang penggunaan kalimah Allah (14/10/2013)
2. Pihak hakim tidak faham kedegilan ("adamant") pihak Kristian dalam keinginan utk mempertahankan jg utk mengguna #NamaSuciAllah.
3. Selepas ini, jika pihak kafir Kristian masih tak bersetuju, boleh bawa ke Mahkamah Persekutuan dalam tempoh 30 hari.
https://www.facebook.com/arusbarumalaysia?fref=ts
0 peminat :
Post a Comment