Kematian akibat kejutan elektrik: versi renjatan

Kejutan elektrik Hari ni terbaca dalam surat khabar tentang kematian adik Mariam Najwa Dipetik dari hmetro online:

“MELAKA: “Melihat tubuhnya lembik dengan air liur meleleh, saya mengerah kudrat mengangkatnya keluar dari situ (takungan air) biarpun pada awalnya saya juga tidak bermaya kerana turut disambar renjatan (elektrik) sebelum memangkunya di atas jalan.” Begitu cerita Massari Muhammad, 35, bapa Mariam Najwa, 9, yang meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik ketika bermain dalam takungan air berhampiran tiang elektrik kira-kira 20 meter di depan rumahnya. Dalam kejadian jam 1 tengah hari semalam di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai berkenaan bersama adiknya, Muiz Asyraf, 3, bermain di tempat air bertakung itu sebelum rebah dipercayai terkena renjatan elektrik. Massari berkata, dia mengetahui insiden malang menimpa anak perempuan tunggalnya itu selepas dimaklumkan jiran yang melihat anaknya terbaring dalam air. Katanya, sebelum itu dia berada di dalam rumah didatangi Muiz yang berlari mengadu sakit kaki sebelum menyapu ubat di kakinya” 

Al-fatihah~serta salam takziah kepada keluarga mangsa So, sebab tu blog encik Beaver ni nak ingatkan balik tentang bahaya kejutan elektrik ni. Renjatan elektrik ni kalau takde air pon kiter boleh kena gak,selagi arus letrik tu agak besar. Contohnye time korang nak pasang wayar tv, biase nye ni paling common, tak tau la kalau sekarang masalah tu dah dapat di atasi dengan teknologi baru. 


Ni sebab dalam badan kiter pon terdiri dari elemen air macam darah and fluid. So dengan kehadiran air lak boleh mengakibatkan lagi senang nak kner renjatan. Dari segi sains nye sebab air ni ade bendasing yang dapat menjadi konduktor atau dapat merendahkan rintangan badan. So arus letrik ni faberet nak lalu kawasan rintangan rendah la.


 So utamakan langkah keselamatan tau, seperti yang utama nya: 

1. Lap tangan sehingga kering sebelum menekan suis elektrik samada di dapur atau tandas 

2. Elakkan kawasan banjir terutamanya yang mempunyai kawasan pencawang elektrik

3. Jangan membantu mangsa renjatan menggunakan tangan kosong, sebaliknya guna kayu atau sebarang alat yang tidak mengalirkan elektrik 

Share on Google Plus

About amirulhaizad

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 peminat :