Malam Pertama korang macam mane

walaupon kontrovesi je bunyi post kali ni
tapi please...bersihkan minda korang ek..
sebab post Mr.B ni sebersih kain putih tau...hehe
Al-Kisah~...pagi2 bace la surat khabar metro
tentang kes Along la nih
(ni bukan macma iklan tu yang dialog "saya bukan Along..saya mau Tolong")
ni real punye Along
sapew Along korang nak tau?

along ini ke?
 

abang long ke
 

pon bukan..tapi along jenis nih
 
sekadar gambar hiasan gak nih...
JOHOR BAHRU: Malam pertama seorang pengantin baru tidak seindah diimpikan apabila dibayangi lapan along yang memburunya selepas gagal melunaskan pinjaman berjumlah RM10,000 yang dibuat sebagai hantaran kepada keluarga pengantin perempuan.
Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Zali, 24, berkata, dia juga terpaksa berlakon gembira ketika diraikan sebagai raja sehari di atas pelamin ketika majlis persandingan berlangsung di rumah pengantin perempuan di bandar raya ini, awal bulan lalu.
Zali berkata, nasibnya ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ apabila menanggung hutang along yang mengenakan kadar faedah pinjaman hingga 200 peratus.

“Saya kekurangan wang untuk menyediakan wang hantaran serta perbelanjaan lain lalu meminjam wang daripada along kerana buntu selepas tiada sesiapa dapat membantu.




“Along pertama meminta saya memasukkan RM1,000 ke dalam akaun banknya sebagai cagaran bagi mendapatkan RM10,000 dan selepas melakukannya, dia berdiam diri walaupun dihubungi beberapa kali,” katanya. 


huh,amik kau...x tenteram hidup...dah la nyusahkan diri..bahayakan lagi bini kau
pendek kate la kan...better kalau kahwin ni wat ala kadar..
cukup tuntutan agama sudah la
yang penting duit untuk life lepas kahwin tu yang mencukupi

p/s: agak nye la kan..kalo pinjam kat bank lak untuk kahwin...lepas tu xmampu bayar...mau kner macam tarik kereta kot
Share on Google Plus

About amirulhaizad

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 peminat :

E'in said...

mak ai.. yg gatal pegi pinjam along sape suh..

♥ Nana BamBam ♥ said...

hambik, nak sangat pinjam along sangat kan....humm

Syuhada said...

hey..lama x tgk along yg gmbr 1st tu...rindu plak zaman kanak2.. heh heh heh

Nadyahoney said...

mgkin trtekan dgn desakan pihak pmpn...realitinya mmg cmtu..nak kawen tp duit xcukup..