Di ko-kak makhluk merah

Nama panggilan:     Charlie, turut di kenali kumbang rove
nama hensem sket:  Paederus fuscipes Curtis

About Me: Mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai "elitron". Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.


alamat rumah:
Kumbang ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah - antara rumput dll. Ia merupakan serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biology untuk mengawal serangga perosak padi. Semasa hujan lebat atau banjir , kumbang ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering


hobi saya:
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.  

nasihat doktor:
Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan. 



p/s: pengalaman kner gigitan charlie ni memang la perit...dolu kner kat leher..time tahun 2002 tu la..kat USM...nasib baek x berparut kat leher..kalo x, boleh join castello la...tapi cian kat member2 yang kner kat muke..truk kner..x masuk lagi yang charlie versi pervert...huhu...trus x betul member berjalan.

pe katew semue yang ade experience ngan charlie nih share story korank 

Share on Google Plus

About amirulhaizad

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 peminat :

Nurhasliza Jeffry said...

Eh-eh, biasa tengok kumbang jenis bulat, gemok. Upenya ada gak kumbang jenis kurus dan panjang ye. Berbisanya nampak.

ascil.punye.lah said...

yeah charlie skarng tengah bermaharajalela dkt uitm penang

sara zainol said...

seyes xsuka.. sakit n luka bila digigit.. n bernanah.. :(

aniswany said...

AKAK I PENAH KENA NGN CHARLIE NIH,TEROK SGT MUKA DIA.MCM TERBAKAR,BEBULAN JGK NK BAEK ;'(

Mr.B[e]ave[R] said...

@hasliza:bahye woo kumbang ni...sakit kner bisa die

@ascil: yeke..adoyai..banyak tempat dah merebak ni

@sara:serius perit..boleh parut tuh

@aniswany:yup2,ade member kner kat muke,memang truk gak la kner..naseb baek elok macam sedia kala