Best Game: Malaysia vs Liverpool

Smalam Mr.B xde di depan pc...sebab persiapan untuk tgk match Malaysia Liverpool. Mr.B mengangkut adik-adik sepupu untuk ke stadium nasional bukit jalil. Seawal jam 1 tengah hari dah kumpol. lepas zohor trus gerak. perjalanan yang singkat tapi mengambil masew lebey kurang sejam lebih akibat kesesakan lalu lintas.

sampai di stadium kul 330...penuh dengan kelibat peminat the REDS. hanya sejumlah kecil yang memakai jersi kebanggaan negara iaitu biru/kuning. Mr.B beli tiket murah je..RM58..duduk la belakang gol..ikot yellow gate.
Lagu rasmi Liverpool "you'll never walk alone" kedengaran sepanjang mase.

okey,berbalik dengan topik kitew, walau pon di akhir perlawanan telah sedia tahu kite tewas 6 - 3, tetapi hakikat permainan Malaysia yang jauh berbeza sejak 10 tahun dulu amat jelas kelihatan. permainan lebih tersusun. terutama nya setelah kemasukan penyerang utama kita iaitu Safee Sali dan juga Amirul Hadi.

komen perlawanan:
Bahagian pertahanan: kesilapan utama dapat dilihat di kawasan pertahanan. antara beberapa perkara yang Mr.B dapat lihat adalah dari segi possesion, composure and contain. ni faktor yang jelas nampak lemah. jika penguasaan tiga area ni kuat, mesti kite skorline agak berbeza.

Bahagian tengah: untuk bahagian tengah pula nampak reliable Safiq Rahim, Amirul Hadi, Kunalan. bagaimanapun kiter xde playmaker yang btul2 power. yang boleh wat through pass yang creative. creativity kurang di bahagian tengah.

bahagian striker: kurang nye player yang badan fit dan kurang nye larian2 dari striker yang ambitious supaya midfielder boleh buat through pass. hanya keliba tsafee sali tampak meyakinkan.

bagaimanapon ini pendapat Mr.B yang nak pasukan Malaysia maju. bukan nak kasi hentam..tapi kritikan membina
Share on Google Plus

About amirulhaizad

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 peminat :